Nuffnang Ads

Alhamdulillah..dah capai 50 LIKES!

Sejak 7 Disember lalu, Aestix Design dah mula aktifkan diri dalam dunia Facebook ni..
dan hari ni 29 Disember telah mencapai kepada 51 orang followers.
Walaupun FB Page dulu tu dah ramai lebih 200 orang namun atas masalah yang tidak sepatutnya, telah dipadam oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Lalu, kami bangkit lagi dengan FB page baru, lebih Fresh, lebih bersemangat dan lebih murah harga-harganya!mThank you kepada semua yang menyokong Aestix Design atau nama FB: Printing Bajet Murah

Saya akan share beberapa tempahan dari customer dalam blog kali ini...





Kalau anda ingin menempah macam ni jugak? click picture kat bawah ni dan LIKE saja..senangg..hehe

JANNA NICK - AKAN BERCINTA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Haiiii siapa sini peminat Janna Nick? say heyy.. (over pulak aku)

Baru-baru ni 1 Disember 2017, single kedua terbaru dari Janna Nick telah released dekat Youtube yang bertajuk Akan Bercinta. Lagu dan lirik ini dicipta oleh Aepul Roza dan juga merupakan OST untuk Coffee Prince versi Malaysia. Jadi siapa yang belum tengok music video Janna Nick tu, bolehlah check it out kat bawah ni ye..

p/s: saya suka lakonan dia kat MY Coffee Prince tuuu..hehe lagipun lagu dia ni sangat sesuai mengikut kemampuan vokal..jadi sangat best didengar..so enjoy!



Thank you Makmah Cookies KK!

Hai guys!
Baru-baru ni Makmah Cookies KK telah menempah stickers untuk product Home-made Cookies diorang..
Comel kan sticker yang direka oleh Cik Designer kami?

Sekarang bungkusan cookies diorang dah bertambah cantik sebab ada sticker dan boleh call terus number Makmah Cookies untuk buat tempahan cookies anda..follow instagram diorang @makmahcookieskk

Best tau kalau tempah sticker dengan kami, sebab kami akan promote produk anda sekali tau!
Yeayy!

Cara menempahnya senang saja,
Whatsapp 0146763874 

atau

LIKE Facebook page:

Terima kasih kerana menyokong kami ^_^
Semoga anda dikurniakan rezeki yang berganda-ganda... amiinn....

Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Ahad lalu bersamaan dengan 3 Disember 2017, sy telah join satu program eUsahawan percuma mengenai Digital Marketing ataupun Melayunya ialah Pemasaran Digital. Kursus ni sangat membantu bagi pengusaha-pengusaha di luar sana sama ada yang sedang bergiat aktif dalam berniaga atau ingin memulakan perniagaan. Fokusnya adalah memasarkan perniagaan secara dalam talian (online). Jadi kena menyesuaikan diri dengan penggunaa Facebook Page dan Intsagram Business ni. Sangat bermanfaat dalam perkongsian dari Coach Aggy, walaupun hanya setengah hari tapi input yang dipelajari begitu padat dan bolehlah sy  praktikkan untuk business family yang baru berjinak-jinak untuk diluaskan pasarannya dalam Facebook.


Bila dah masuk kursus ni, rasa "oo..macam ni pula.." baru ifa tau dalam memasarkan barangan atau servis dalam online ni kena ada etika dan ayat kena bersesuaian barulah dapat menarik minat orang yang lawat produk kita tu..


Coach Aggy turut berkongsi tips dan panduan bagaimana cara lebih serius dalam membuat business ni.. so lepas ni kena jalan betul-betul la, x boleh main-main..





Macam sy ni first time buat FB Page untuk business family.. So, kemarin dah berjaya buka satu page. dan Insyaa Allah akan mula bergerak lebih serius dalam business ni..

Oh lupa pula cerita, dari tadi sebut business tapi x cakap business apa..hehe
sy  buat business printing dan design kad kahwin, banner, sticker, business card dan macam2 lagi...

kitorang ada Instgram yang korang boleh check it out @aestixdesign untuk tanya harga, atau membuat tempahan boleh DM instagram tu teruss...kita akan layannn baik2 punyaa...hehe


Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)

Hi semua! Mrs Pip sedang buat giveaway segmen untuk para blogger sekalian.
Kalau mau tau cara-cara join giveaway kak Pip kita yang ohsem ni boleh click banner di bawah ni tau?
hehe
OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP

Memandangkan saya x pernah lagi ada pengalaman menyambut Krismas dengan kawan atau saudara-mara,so saya ambil option yang kedua dalam syarat2 menyertai giveaway ni ya Kak Pip..hehe

 Saya nak menang Ohsem Giveaway by Mrs Pip kerana saya tak pernah lagi dapat hadiah krismas dari Kak Pip. (Hehe membodek sangattt) Bukan apa, sebabnya Kak Pip dah sediakan kita hadiah yang best2 selain hadiah Kak Pip sendiri, ada jugak dari simplyohsem.com tau...x percaya? boleh jenguk sendiri Blog Mrs Pip..untuk yang join tu memang berpeluang untuk menang hadiah Xmas....

Daripada tengok ja, baik join ramai2..kan? Jadi, All the best!

Yeayy! Dapat saguhati dari Sophee Studio!

 Hi u'olls! Happy dapat potret wajah dari akak kita Sofinah. Thank you so much!

Siap ada dua versi lagi, yang berwarna dan hitam putih. You are so talented!
Ni hasil dari join Segemen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Dapat ja terus save cepat2..hehe kenangan ni hadiah orang kan..


Bukan senang tau dapat orang yang mau lukis potret muka kita ni. Percuma pula tu..thank you so much akak Sophee! Love it!

yang belum follow akak kita, bolehlah jenguk dan follow blog dia Sophee Studio untuk tengok ada baaanyak lagi potret yang akak kita dah lukis πŸ˜‰

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Hi semua!
Lama x join GA, jom meriahkan Giveaway ni..
she is my new blogger friend, Raydah tapi dah jadi blogger since 2013 tau..so apa lagi?

Jom join yang ada masa terluang tuuuu...Click banner di bawah k?

Happy blogging everyone!

My Coffee Prince dah on air!! (Versi Malaysia)

Masih ingatkah anda dengan Korean Drama yang sangat popular suatu ketika dahuluuu? 
Coffee Prince yang dibintangi Gong Yoo dan Eun Hye. Sekarang Malaysia telah muncul dengan drama yang sama tetapi dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai pelakon utamanya.

 *sumber foto dari Google

Sekarang dah masuk episod 2 tau..boleh saksikan di Astro Ria atau boleh terus ke link di bawah ini untuk online MyCoffeePrince

Jom tengok best ka tidak?
*sumber foto dari Google

Alvin Chong cover lagu Aziz Harun?

Siapa kenal dengan Hilman Yong Abdullah, hero drama Awak Suka Saya Tak? angkat tangan! hehe
Kalau kenal tu...mesti kenal juga siapa Alvin Chong kan...kedua-duanya adalah orang yang sama! (dah tau laaaa..haha)

Follower Instagram beliau @alvinchong123 dah mencecah 600K followers tauu..tahniah Alvin! Alvin adalah artis pertama dalam rancangan The Kucin Show bersama Manggis (bekas ahli kumpulan de'Fam)

Dan sekarang, Alvin Chong baru baru ini ada memuat naik video cover terbarunya yang bertajuk Jangan dari Aziz Harun. Yang belum tengok lagi tu, boleh view video tu kat Youtube. Okay?

AIRASIA KEMBALI LAGI DENGAN TEMPAT DUDUK PERCUMA!

Mesti dah ada yang start planning cuti pergi mana-mana ni kan?

Saya pernah mention sebelum ni dalam post2 blog lalu,iaitu antara tips untuk plan for your budget travelling ialah booking tiket penerbangan waktu ada promo macam ni! sebab...sangat-sangat murah tau! 

Tempahan ni hanya boleh dibuat sehingga 19 November 2017 So, masih ada masa lagi untuk anda menempah tauuu...
Mungkin ada yang mau travel overseas dengan kawan atau sisters/brothers kan? Jom layari airasia.com untuk membuat tempahan tiket anda dan tarikh travelling ini adalah antara 
7 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019.

Selain dari dapat tiket murah, dapat juga kumpul mata ganjaran BIG Points anda! Lepastu bolehlah redeem ticket kalau dah banyak points..wow bestnya!
Jadi, apa lagi? Jom tempah tiket sekarang!

Selamat bercuti!


LAGU MU - ALVIN CHONG

Layan lagu ni, Happy Weekend guys!


Sumber foto: Instagram story @alvinchong123

Telefonku menyanyikan lagu
Ku mengharap terpapar namamu
Oh indahnya waktu dulu bersama
Selamanya diselubung rindu

Tak pernah aku luahkan hati padamu
Hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Tak pernah ku lupa wajah itu
Takkan lumpuh kenangan denganmu
Kau membisu sedangkan kamu tahu
Hanya satu ku ingat selalu

Lupakan semua biar kita mencuba
Mulakan cerita baru

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Biar ku pejam mata hanya dalam lena
Warna kembali nyata ku harap akhirnya
Kau dan aku bersama

Tak pernah aku luahkan hati padamu
Hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Gaya hidup Generasi Z

Gambar sekadar hiasan

Hari ni kita cerita pasal hal-hal serius sikit..tentang Generasi Z, yang lahir di antara tahun 1995 hingga 2012. Yang paling tua pun sekarang dah umur 22 tahun..dan yang paling muda berumur 5 tahun. Dalam tempoh umur mereka sekarang, masih ada yang dalam peringkat tadika,sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Persoalan yang mudah dari saya, adakah anda memberi anak anda kemudahan teknologi di rumah? (cth: smartphone, tablet, dll). Saya sentuh trend yang paling jelas iaitu penggunaan aplikasi Whatsapp. Sekarang semua benda kena communicate through Whatsapp. Ada yang darjah 4 sudah ada smartphone sendiri. Kadang saya tanya, best tak ada handphone? Jawapan mereka, "best, boleh main game". Ada juga para guru 'create' Whatsapp Group untuk memaklumkan apa saja pengumuman dari semasa ke semasa. Tapi, bagaimana dengan murid atau pelajar yang tidak dibiasakan dengan Smartphone? Sudah tentu, mereka ketinggalan dengan maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah kisah realiti yang terjadi masa kini. Itu adalah impak dari teknologi kita yang semakin canggih. Adakala, informasi tersebut tidak dikongsi dengan rakan yang tidak mempunyai smartphone sendiri. Sebagai contoh, sekolah menganjurkan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat kumpulan masing-masing dan diumumkan dalam Whatsapp Group. Boleh saja, guru tersebut membuat dua bentuk perjumpaan, satu di dalam Whatsapp Group dan satu lagi secara berdepan (face-to-face) agar tidak berlaku keciciran maklumat kepada pelajar.

Gambar sekadar hiasan

Secara amnya, saya berpendapat, generasi kini berdepan dengan lebih banyak cabaran dari segi teknologi maklumat yang tiada sempadan. Akses yang terlalu luas boleh juga membawa kepada kesan negatif jika tidak dikawal oleh ibu bapa. Amat penting bagi mereka yang mempunyai anak untuk dipantau setiap masa bagi memastikan gajet mereka itu tidak disalahgunakan. Saya amat terkejut kerana mereka terlalu muda untuk memiliki smartphone kerana bukan semua keluarga mampu dari segi kewangan untuk membelikan gajet canggih dalam usia yang begitu muda. Saya rasa pembaca sendiri sudah tahu bagaimana cara hidup Gen Z kini. Apa-apa pun, yang negatif tu kita buang jauh jaaaauuuhh...yang pasti teknologi membawa kita kepada arus kemodenan dan itu saya sangat setuju.

 Gambar sekadar hiasan

CARA BUKA AKAUN KWSP | EPF

Zaman sekarang semakin mudah untuk membuat akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF). Macam saya yang baru sahaja masuk ke lembah pekerjaan ni kena la buka akaun KWSP. Cara-cara untuk membuka akaun KWSP sangatlah mudah dengan hanya berkunjung ke kaunter pejabat KWSP dan akan dibantu oleh pekerja mereka dengan hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja. Sekarang hanya perlu menggunakan kiosk yang disediakan di sana dan ikut arahan seterusnya dari pekerja tersebut. Tidak sampai 10 minit, kerja pengurusan saya untuk membuka akaun KWSP telah selesai!

Dan sekarang kita bolehlah menyemak di website kwsp.gov.my ataupun muat turun aplikasi di Google Playstore atau Apple Store untuk membuat semakan KWSP anda. Sekarang lebih mudah kan? 


Travel dari Singapore ke Malaysia Dengan Mudah

Gerek seyhh, haha tak pasal-pasal keluar statement tu.

Why not kan sebab nak citer pasal Singapore and KL kali ni. Citer pasal apa? Aku pun tak tau so explorelah artikel aku yang tak seberapa ni ya. So Singapore is a country located kat selatan Malaysia. Dipisahkan dengan selat tebrau. Sebab ada jambatan sometimes Singaporean travel by car untuk jalan-jalan kat Malaysia. But do u know yang with the right time travel by airplane lagi murah? Yes ni cerita benar bukan bohong. U guys can save some money and masa untuk travel by plane. So kat mana nak check the best rate to fly from Singapore to Kuala Lumpur? 

Kat mana tempat korang book hotel, or survey about the place yang korang nak travel untuk bercuti or ada urusan kerja? Pernah tak korang cuba Traveloka? Kenapa aku nak cerita pasal Traveloka? Sebab kat web or apps Traveloka ada book flight ticket sekali. Yup book flight ticket without pergi ke website airlines. The thing is, korang boleh buat comparison antara airlines company which korang boleh tau mana yang murah atau korang nak travel dengan selesa.


First of all, korang pilih dari kotak from contohnya aku tau ramai pembaca aku dari Singapore so u pilih Singapore then pilih Kuala Lumpur as your destination. Then akan keluar some sort macam calendar and setiap tarikh tu dah tertulis harga ticket. So kat situ korang boleh pilih ticket flight yang murah sebelum korang nak book hotel. And dia ada listdownkan airlines yang berbeza so korang boleh choose ikut keselesaan korang. Setiap detail tu ada masa bertolak, masa tiba, harga tiket dan nama airlines company. Undeniable Traveloka ni dapat tolong korang untuk buat booking flight ticket dengan cara yang paling senang without nak pergi web satu persatu. So Singaporeans, I believe ni berita baik untuk korang semua. Or Malaysians yang dah travel ke Singapore nak balik ke Malaysia.

Disebabkan itu, korang pasti dapat cari the cheapest price, dengan menaip tarikh yang korang nak book tiket flight itu. Tiada caj tersembunyi, dan dapat book untuk ke Malaysia. Selain itu, di Traveloka, urusan jual beli adalah dijamin selamat. Lebih selamat daripada korang pergi direct ke travel agency tetapi bukan untuk burukkan mereka, tetapi disebabkan ada kes-kes menipu dimana korang bayar deposit tetapi trip korang itu sama ada ditangguhkan atau agensi itu hilang. Berbeza di Traveloka kerana di sini pengalaman korang seperti shopping online, korang dpt book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza. Boleh dikatakan one stop travel planning la kan. 

 Selain itu, perkhidmatan web mereka ini memudahkan korang sehingga korang tidak perlu keluar rumah, cuma ambil plan data atau wifi, online dan surf web mereka, tekan sini tekan sana, make sure dalam bank korang ada duit dan teruskan book flight tiket. Dijamin selamat, mudah, tak pening atau confuse. Traveloka ini sudah semakin dikenali ramai, mereka juga menawarkan perkhidmatan khidmat pelanggan 24 jam, 7 hari seminggu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah atau sebarang pertanyaan berkenaan booking bolehlah hubungi mereka. Tidak perlu lagi korang risau harga yang mahal, kerana korang boleh survey harga yang paling murah, malah mereka juga akan buat promo dari masa ke semasa. Syok kan? 

Kini plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia di hujung jari, dan pada masa ini, tidak perlu pergi ke banyak website, cuma perlu browse di website Traveloka. Tidak rugi untuk mencuba dengan Traveloka, sangat terjamin, mudah, jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute. Tidak perlu lagi untuk mengisi minyak, pergi ke ofis travel agency atau airport untuk mencari dan booking flight ticket. So untuk support cuti-cuti Malaysia, Traveloka, panggillah mereka dari Singapore untuk turun ke Malaysia dan enjoy our place. yeayy!

Apa maksud Tombiruo?

Tombiruo atau Penunggu Rimba merupakan antara karya Ramlee Awang Murshid, iaitu penulis novel terkenal di Malaysia.

Novel beliau telah diadaptasikan menjadi sebuah filem yang menjadi kebanggaan tanah air Malaysia 2017. Kualiti filem yang sangat menarik dan juga watak yang dibawakan oleh Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo) itu sangatlah terkesan di hati penonton yang sudah pun menontonnya.

Cerita ini merupakan cerita Lagenda di Sabah......

Ni kalau aku cerita panjang kang, spoiler pulak. Korang tengoklah sendiri, nanti boleh tau di mana kualiti yang saya maksudkan tadi... teruskan memantapkan kualiti filem-filem seperti ini yang bertaraf antarabangsa. Best sangat!

Antara pelakon2nya...
semestinya Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabilah Huda dan ramai lagi pelakon yang memang legend la dalam dunia lakonan..Masih ada lagi ni ditayangkan ni di pawagam. hehe pegi la tengok!


filem ni bagus sebab kami boleh tonton satu family..haaa..jom masuk semua! hehe

Sticker Murah! @dstickerdeco

Haii!
Kali ni aku nak share pasal sticker dari @dstickerdeco ni, boleh check it out Instagram diorang kat dstickerdeco untuk tengok feedback dan dari customers dorang dan contoh2 sticker yang dorang dah pernah buat.

 Kalau korang macam rasa-rasa nak buat sticker tu untuk cookies jar korang ka, atau sticker doorgift ka, bolehlah tempah kat sini!

Yang pastinya ini senarai harga yang terbaik untuk anda!

Sebarang tempahan/pertanyaan, sila hubungi:
Whatsapp: 010-9487136 (ika)
Instagram: @dstickerdeco







psstt...
nak bagitau satu rahsia....
diorang ada mengambil tempahan banner,
kad kahwin dan bunting juga tauuu....

hehe jom Whatsapp: 010-9487136 (ika) 

Pengalaman Guru Ganti 2017 | Experience Being a Substitute Teacher

Alhamdulillah, seminggu yang lalu, saya dipanggil menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah. Kebetulan kawan yang sepatutnya menjadi guru ganti tu tidak dapat datang untuk lapor diri bagi menerima pelantikan tersebut. Maka, si kawan tadi memanggil saya untuk mengganti tempatnya di sekolah itu..hehe walaupun cuma ada tiga minggu sahaja lagi persekolahan 2017 ni mau tamat, semua guru-gurunya sedang sibuk menanda kertas peperiksaan dan menyiapkan kerja-kerja hujung tahun. Memang sangat sibuk semua sampaikan dalam seminggu tu, 3 kali kitorang mesyuarat guru. Walaupun saya ni x adalah faham sangat terms2 guru2 tu, tapi bila dah ikut mesyuarat, akhirnya faham juga, walaupun saya sebenarnya x la berkait pun dalam urusan guru-guru tu. Ini cuma menimba pengalaman sebagai guru ganti...elaun yang diberi pun kira lumayan. Tapi bukanlah guru tetap..Insyaa Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk memohon sebagai guru. Manatau rezeki saya ialah menjadi guru? Siapa yang tahu kan? doakan saja yang terbaik.. 😊

 guru-guru tahap 2 kena turun jaga murid-murid kat dewan..haha
 tengah tunggu masa balik, tapi ada meeting pulak...huhu
 memeriksa kertas jawapan murid-murid, saya ganti jadi guru Bahasa Malaysia..haha
tekun menjawab ya...fokus...semoga berjaya...

Budget to Korea for students

It was not easy to earn money for travelling in blink of an eye. It needs effort for someone who is not capable like me. This is different for a person who travel alone or with spouse or family without using agent. Like us, we have to pay for a certain amount stated by the agent and pay it two months prior trip (we have to wait for the approval procedure). Thus, our group did some activities to gain fund. One of it was doing carwash services for the lecturer in UiTM. 

Villa Valley View, Kota Belud Sabah

For those who wish to do some relaxing water activities during hot day..you can visit this place in Kota Belud. My housemates and I supposed to visit in another area which also has the river to play with and already got famous in Facebook, but we got lost and at the end we found this place. hahah..okey lets go!

DAY 4 in Seoul!

On day 4 was our schedule with the Gabungan Mahasiswa SeMalaysia in Seoul, Korea. We had a forum regarding Islamic tourism, Halal and other discussion by two experience Malaysian entrepreneur who opened up a guesthouse and a Malay restaurant. It was a good sharing session with them and we had a chance to dine in in his restaurant named, Kampungku.
We visited 2 universities: Korea University and Sejong University.

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Hah, ni kes free sangat ni..sebab tengah stress cari job vacancy kan..
jadi sambil2 tu, join la giveaway dari blogger E'in ni..
boleh lawat2 blog orang lain....

TARIKH TUTUP: 23/10/2017 (sekejap ja ni..jangan lupa join!)

Hampir lupa mau tag kawan blogger...jap ek..
.
.
.
saya tag:
http://eiraaikawa.blogspot.com
http://www.jiakreatifelt.com

Giveaway Refresh Blog

Dah masuk  bulan 10 ni, jom join giveaway blogger shalimaryusof.com!

Lagu kegemaran saya buat masa ni ialah.....

CARA MEMOHON MINI TRANSKRIP UITM SABAH

Berita baik buat pelajar dan yang baru habis belajar dari UiTM Sabah. Sekarang UiTM menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan dokumen-dokumen penting seperti mini transkrip, surat pengesahan pelajar, surat tamat belajar dan banyak lagi jenis borang TANPA PERLU BERATUR di pejabat HEA lagi. Bagaimana?

Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

Assalamualaikum dan Hai semua.

Ini adalah Segmen paling mudah dan anda berpeluang menangi Hadiah Misteri.  Iaitu berupa Wang Tunai dan Juga Barangan Eksklusif.

Tujuan Segmen ini diadakan adalah untuk menambah kenalan antara Blog Rin dan juga korang semua. Dan sempena Rin baru lancarkan Ashrin Food dan juga Butik. So hadiah pun adalah dari wang tunai dan barangan butik. Belum diupdate lagi barang-barang di blog n fb ni. So, nama pun hadiah misteri :)

Cara untuk menang?

Giveaway Paling Gedik


Lucu nama GA kali ni...tapi menarik tau hadiahnya..jom join ramai-ramai!
Tambah-tambah kawan~weeee...
Click banner atas k?

Final Results America's Got Talent 2017!

I have been a fan of America's Got Talent, Britain's Got Talent and Asian Got Talent for the rest of the seasons. Now this year too! I am excited to know who is the winner of America's Got Talent 2017. Surprisingly, the top 2 was Angelica Hale (9 years old) and Darci Lynne (12 years old). Both are super super super talented young kids! There are talented in their own way.

Darci won the highest votes and won 1 MILLION dolar! Wowww!!
You can check it out her final performance. It was superb! 

She is a Ventriloquist but with singing talent! I love this girl! She is funny too.

Congratulations Darci! πŸ‘





JOB FAIR @UTC KOTA KINABALU

Berita baik buat orang Sabah yang masih lagi mencari pekerjaan. 
.
.
.
.
UTC Kota Kinabalu akan mengadakan Job Fair pada 30 September 2017 (Sabtu). 😲
.
.
.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook: JobsMalaysia Sabah

Sumber foto: JobsMalaysia Sabah

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Jom join GA dari syahirahvaliant.com

Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017
Click banner di bawah πŸ˜„
all the best!

Cara-cara menghilangkan mabuk perjalanan

Mabuk waktu dalam perjalanan ni ramai yang telah mengalami sebenarnya...saya pun kaki mabuk perjalanan juga tau, x kisahlah darat ka, udara ka, laut ka...semua pun mabuk saja...
tapi setakat ni masih boleh mengelak dari muntah..cuma pening yang x terkata tu ada la..
apa yang saya buat selalu ialah, "Be Ready"
bukan be ready untuk muntah, tapi be ready untuk sedia segala keperluan mengelak dari mabuk..
Cara-caranya ialah:

6 Tempat menarik yang ada di Labuan


Baru-baru ni saya telah berkunjung ke Labuan bersama kawan serumah. Last trip la katakan, lepas ni dah masing-masing. Jadi, apa yang boleh dibuat di Labuan ni? Kali ni saya ingin berkongsi 6 tempat menarik yang boleh dilawati di Labuan.

Top 8 korean drama popular (2017)

Siapa yang sukakan drama korea?✋
Drama korea ni menjadi kegilaan sesetengah orang Malaysia ni, termasuklah saya..πŸ˜€ apa yang best? jalan cerita? watak komedi? oppa hensem? atau heroin dia comel? tu semua terpulang pada individu masing-masing. Berikut merupakan TOP #8 drama korea yang popular tahun 2017 pada pendapat saya la..hehe walaupun tahun 2017 belum habis..

2 Days 1 Night in Kampung Sayap, Kota Belud

It was rainy season but we have no other choice than have to complete the assignment to climb the Mount Nopungguk, Lituk Trail Kota Belud. It was 2 days and 1 night; and it was for Corporate Social Responsibilities (CSR) program under Tourism Marketing. The reason we went there to help in promoting Kg.Sayap as an Edu-Tourism places for visitors. Yes, they did offer so many exciting activities including trekking to see the cave and many more, but it will take like 4 days to one week to complete the whole activities.

Thus, our team had the opportunity to climb Mount Nopungguk, also one of the mountains in Sabah. It was very challenging for amateur climbers. You need more stamina to climb the mountain as it took us almost 10 hours, less or more to complete the whole journey depending on the individual's stamina. The good thing is that, they have the mountain guide who will always stick with you during the journey, so you will feel safe as long as you keep on track and listen to your guide.

Here are the pictures that we took during our trip in Kg.Sayap, Kota Belud. Enjoy!

Laptop Rosak Lagi

Asal laptop rosak jak, rasa lifeless patah jari sebab x dapat upate blog..guna phone memang dapat..tapi lain perasannya bila update guna laptop ni...lebih selesa menaip banding touchscreen di handphone tu...hari tu, internal hard disk aku rosak..belum sempat backup dan format, hilang segala document penting dalam laptop....terpaksa ganti beli baru hard disk 500 GB...

Image result for laptop dell inspiron 15

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalamualaikum.....ada yang masih belum tidur ka? haa..entri buat tengah malam la ni kalau dah tanya pasal belum tidur...ni saya masuk sorang blogger dari Labuan...dia buat Giveaway tau...tujuannya untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada bloggers satu Malaysia ni... bagus juga ni...okay, dah jom kita start! πŸ˜„

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Mari join First Giveaway dari Blog Buku Pinky! ^_^
Blogger Sarawakian ni...hehe salam blogger dari Sabahan...
Click banner dibawah ya 😘

Day 3 in Seoul

Hi! it's day 3 for Seoul's sharing my little pictures and little stories.
We went to Cheonggyecheon Stream, Museum, Itaewon Mosque, Samsung d'light. Ah, not to forget, our lunch was held in a hotel so its like  a buffet style with Arabian influence type of cuisine and not the Korean style. Quite okay but I hope for more Korean food next time..yeayy!πŸ’ͺ
Seoul City..x tau apa nama building tu tapi yang pastinya dia adalah duty free shop..hahaha
Lokasi: Cheonggyecheon Stream, Seoul

Tamat UiTM ! #roadtoconvo

alhamdulillah...maka dengan ini tamatlah sudah pengajian aku di UiTM...
walaupun tidaklah mencapai dean's list..cuma 3.45 sahaja..tapi aku bersyukur kerana melepasi tahap degree ini..
tinggal menanti convo tahun depan 2018...
sekarang tengah gigih mencari kerja..namun tengah berfikir-fikir untuk buat business sendiri di bawah nasihat ayah sendiri..
insyaa Allah....jika diizinkanNya..
Kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan segalanya..
#tamatuitm #roadtoconvo


5 aktiviti yang best di area Sabah

Hi bloggers!
Hari ni aku mau share aktiviti best yang boleh korang buat sekiranya berkunjung ke Sabah.
Ni hanyalah beberapa tempat dan masih banyak lagi aktiviti best yang boleh dibuat di sini!
Jom check it out!

1. Aktiviti di Pulau

Antara common activities yang orang selalu buat di area kk ni adalah berkunjung ke pulau-pulau yang ada di Sabah. Menurut artikel freemalaysiatoday.com (2017), di Sabah sahaja terdapat 394 buah pulau yang menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai pulau terbanyak di dalam Malaysia..Maka tidak hairanlah kalau ramai pelancong ke Sabah ni semata-mata hanya untuk ke pulau. Oleh itu, tidak kiralah kamu bermalam atau tidak di sana. Boleh snorkelling, diving, parasailing, banana boat, seawalking, zipline..ah banyak lagi la..sunbathing pun boleh..haha..harga sangat berpatutan, boleh ambil dalam bentuk pakej ataupun walk-in terus ikut keselesaan masing-masing.

classmates aku masa diploma...hehe rindu la snorkel dengan dorang ni,,,

Day 2 in Seoul

Assalamualaikum...sekarang mau cerita hari kedua di Seoul. hehe x habis lagi ni...

Ini la Seoul Youth Hostel, tempat kami tinggal sepanjang di Seoul..rating ni aku bagi 4 daripada 5..
sebab? since tempat ni bersih, sangat selesa dan cantik..cuma tidak ada seterika disediakan..yang penting dia bagi service free untuk cuci kain sendiri guna mesin diorang..cuma dryer jak yang perlu bayar 1000 won.
cafe dia non-halal, tapi diorang ada provide kitchen dan ada tempat lepak2 tengok tv, online..makan maggi..hehehe

Nuffnang Ads