Nuffnang Ads

Cara-cara menghilangkan mabuk perjalanan

Mabuk waktu dalam perjalanan ni ramai yang telah mengalami sebenarnya...saya pun kaki mabuk perjalanan juga tau, x kisahlah darat ka, udara ka, laut ka...semua pun mabuk saja...
tapi setakat ni masih boleh mengelak dari muntah..cuma pening yang x terkata tu ada la..
apa yang saya buat selalu ialah, "Be Ready"
bukan be ready untuk muntah, tapi be ready untuk sedia segala keperluan mengelak dari mabuk..
Cara-caranya ialah:


#1. Beli & Makan Kulit Limau
-Yang ni boleh ja beli dekat kedai runcit atau kedai stesen gas tu..biasa Stesen Petronas selalu ada jual (eh, promote ke?) haha ayah selalu pegi Stesen Petronas, sana selalu ada..Shell jarang jual benda ni...
tapi kalau x ada, boleh cari asam-asam yang berasaskan limau juga..cuma x umppphh la macam kulit limau ni..
Rupa asam tu macam dalam gambar bawah ni...foto ni saya pinjam dari blogger Zulfaza dengan tajuk entri dia: Jambu Asam Kulit Limau
kembang tekak aku tengok gambar ni..sedapnya ni....
asal rasa pening tu, kunyahlah kulit limau ni..InnsyaaAllah berhasil...

Image result for kulit limau kering

#2 Bawa freshcare/minyak angin
Yang ni untuk sakit kepala pening-pening tu...
Haaa...yang ni banyaklah flavour bergantunglah pada yang suka...tapi saranan saya ambil yang Citrus tu...bau limau2...yang tu orang lain pun x pening kepala...sedap baunya..memang fresh la..
boleh beli kat Boxes pun dah banyak jual...yang ada muka si Agnes Monica ni..hehe

Image result for freshcare citrus minyak angin

#3 Beli & makan pil ubat mabuk
Yang ni last resort la katakan...beli ja ubat mabuk kat farmasi tu..minta ubat mabuk..
ada yang buat rasa mengantuk dan ada juga yang tidak...
saranan saya ambil yang buat mengantuk supaya x la banyak fikiran dan lebih kepada berehat..sebab tido kannn...hahaha

Ni ubat jenama Novomin yang boleh didapatkan di farmasi berdekatan anda...
Saya dah makan ubat ni dari umur sekolah rendah lagi (arwah mak suruh makan) setiap kali kitorang balik Kampung (KK to Tambunan) walaupun jalan cuma 1 jam 30 minit tapi laluan yang bengkang bengkok buat tambah loya-loya tekak ni...

Tipsnya kena makan satu jam lebih awal sebelum perjalanan kerana akan mengantuk on time..
namun, kalau naik bot untuk pegi memancing, hmm..tu kena cari ubat yang x bawa mengantuk... kalau tidak, takkan la ko tidur sambil memancing kan...hehe

Pengalaman Pertama Memancing di Laut  Pengalaman kali pertama untuk memancing di laut menjadi kenyataan untuk AM. Sudah lama menyimpan impian untuk mendapat pengalaman memancing di laut yang sentiasa di perkatakan oleh kekawan AM.  Akhirnya secara mengejut dan dalam tempoh masa yang singkat sahaja mendapat jemputan dari jiran AM yang menjemput AM menyertai trip ke laut sekitar Kota Bharu, Kelantan.  Setelah hampir 2 bulan AM menyiapkan peralatan memancing (bukan set memancing) sekadar persiapan yang ringkas sahaja. Antara peralatan yang sempat AM beli adalah :-  Kesemuanya AM membeli di Lazada.com.my yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai-kedai pancing yang lain di sekitar Kota Bharu.  Setelah hari yang dijanjikan tiba, seperti biasa AM nie bukanya biasa ke laut dan ini adalah kali pertama untuk merasa ombak dan olak laut.  Sehari sebelum perjalanan AM telah membeli ubat tahan mabuk untuk perjalanan yang biasa di dapati di mana-mana farmasi. Ubat penahan mabuk yang AM beli adalah Monovin.  Selepas subuh hari yang dijanjikan, AM menelan sebiji ubat penahan mabuk dan bukanya 2 biji yang disarankan. Kesilapan pertama.  AM adalah orang yang pertama sampai di tempat bot berlabuh di sungai yang berhampiran dengan rumah AM sahaja.  Ketenangan air sungai dan kesejukkan pagi memberi kedamaian yang tak terkata. Peralatan dah disediakan, hanya menunggu jiran untuk memulakan perjalanan.  Hampir 10 minit menanti akhirnya kami mula bergerak menyusuri sungai pengkalan datu ke kuala senak. Perjalanan ini hanya mengambil masa 10 ke 15 minit sahaja.  AM sempat mengambil beberapa gambar sekitar Kuala Senak. Bukan main gembira lagi bila boleh nampak laut dan mula ke laut.  Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari Kuala Senak ke tempat memancing. Kali ini tiada tempat atau unjang yang akan dituju. Semuanya hanya agak-agak dan pengalaman tuan bot sahaja.  Sampai sahaja di tempat untuk memancing semuanya mula mengeluarkan alat memancing dan paling mengejutkan AM, semuanya tidak mengeluarkan batang memancing tetapi semuanya menggunakan “poyan” atau tali tangsi yang di gulung sahaja.  Bukan teknik yang AM nak ceritakan tetapi pengalaman AM ke laut yang mungkin semua orang pernah alami sekali atau berulang kali apabila ke laut untuk memancing.  Mabuk Laut..  Itulah perkataan yang boleh AM gambarkan untuk sesiapa sahaja yang kali pertama ke laut atau mungkin sudah berulang kali tetapi nasib tidak bersama anda pasti Mabuk Laut adalah jawapanya.  Apabila sampai di tempat memancing dan enjin bot di matikan, maka bermulalah episod mabuk laut untuk AM.  Tidak perlu lama untuk merasa mabuk laut untuk AM, hanya beberapa minit sahaja untuk menampakkan simpton-simpton untuk mabuk laut.  Bermula dengan rasa mengantuk dan bergelora di dalam perut. Itu adalah tanda awal mabuk laut. Mungkin orang lain akan mendapat simpton yang berbeza.  Tuan bot hanya ketawa dan meminta untuk AM baring sahaja. Belum lagi terasa nak muntah. Sudahnya AM hanya baring sahaja di dalam bot yang agak selesa juga dengan tempat duduk di dalam bot.  AM memberi peluang kepada tuan bot, anaknya dan kawan AM seorang yang juga jiran rumah AM.  Mereka sahaja yang memancing, tidak lama mereka bertiga memancing. Akhirnya kawan AM juga mengalah apabila terasa untuk mabuk laut.  Keberanian AM mula muncul apabila bertukar tempat dengan kawan AM tadi. Dia pula baring dan AM mencuba nasib untuk memancing ikan.  Tidak lama apabila tali pancing di dalam laut, AM mula muntah segala yang ada di dalam perut dan apa yang di makan paginya. Kosong perut sudah dan kepala sudah mula pening dan kabur. Hanya air laut sahaja yang sempat di capai untuk membasuh muka dan dapat juga merasa air laut yang masin. Bukan sekali tetapi 4 kali AM muntah sepanjang berada di laut. AM hanya mampu baring dan baring sahaja untuk trip kali ini.  Jam 2 petang tuan bot mula berkemas untuk balik dan AM masih lagi dalam keadaan mabuk laut sehinggakan muntah berarna hijau. Paling perit adalah muntah yang menarik segala urat dan usus.  Apabila bot mula bergerak kembali dan AM mula pulih daripada mabuk laut. Begitu hebat yang di katakana mabuk laut ini. Hanya yang pernah merasa sahaja yang tahu bagaimana peritnya mabuk laut.  Hasil tangkapan juga tidak begitu memuaskan kerana malam sebelum trip memancing adalah hujan yang lebat menyebabkan keadaan laut yang bergelora dan arus laut dengan angin juga saling bertentangan.  Faktor ini juga menyebabkan ikan tidak berada di tempat yang sepatutnya. Dibawah adalah hasil yang AM dapat, bukan AM memancing tetapi tuan bot memberi sedikit hasilnya kepada AM.  Jika di Tanya adakah AM akan ke laut lagi? JAwapan AM semestinya akan ke laut lagi dan mungkin AM juga akan mabuk lagi. Itu semestinya akan terjadi kepada sesiapa sahaja yang ke laut.  Jika tidak mencuba semestinya kita tidak merasa, apabila merasa semestinya kita akan mengetahui peritnya mabuk laut.  Pendapat AM, lebih baik mabuk laut daripada mabuk di darat selepas ke laut. Kenapa? Nantikan artikel seterusnya..

*Photo sources from google images

1 comment:

  1. CROWNQQ I AGEN BANDARQ I BANDARQ ONLINE I ADUQ ONLINE I DOMINOQQ TERBAIK

    Yuk Buruan ikutan bermain di website crownqq

    Sekarang CROWNQQ Memiliki Game terbaru Dan Ternama loh...

    8 permainan :
    => Poker
    => Bandar Poker
    => Domino99
    => BandarQ
    => AduQ
    => Sakong
    => Capsa Susun
    => Bandar 66 (NEW GAME)

    => Bonus Refferal 20%
    => Bonus Turn Over 0,5%
    => Minimal Depo 20.000
    => Minimal WD 20.000
    => 100% Member Asli
    => Pelayanan DP & WD 24 jam
    => Livechat Kami 24 Jam Online
    => Bisa Dimainkan Di Hp Android
    => Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
    => 1 User ID 8 Permainan Menarik

    Ayo gabung sekarang juga hanya dengan
    mengklick daftar crownqq

    Link Resmi CrownQQ:
    vipcrownqq,com
    vipcrownqq,net
    vipcrownqq,org

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI:
    BLOG ARTIKEL
    CROWNWIN
    CERITA DEWASA

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    WHATSAPP : +855882357563
    LINE : CS CROWNQQ
    TELEGRAM : +855882357563

    INFO CrownQQ

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads