Nuffnang Ads

Yeayy! Dapat saguhati dari Sophee Studio!

 Hi u'olls! Happy dapat potret wajah dari akak kita Sofinah. Thank you so much!

Siap ada dua versi lagi, yang berwarna dan hitam putih. You are so talented!
Ni hasil dari join Segemen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Dapat ja terus save cepat2..hehe kenangan ni hadiah orang kan..


Bukan senang tau dapat orang yang mau lukis potret muka kita ni. Percuma pula tu..thank you so much akak Sophee! Love it!

yang belum follow akak kita, bolehlah jenguk dan follow blog dia Sophee Studio untuk tengok ada baaanyak lagi potret yang akak kita dah lukis 😉

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Hi semua!
Lama x join GA, jom meriahkan Giveaway ni..
she is my new blogger friend, Raydah tapi dah jadi blogger since 2013 tau..so apa lagi?

Jom join yang ada masa terluang tuuuu...Click banner di bawah k?

Happy blogging everyone!

My Coffee Prince dah on air!! (Versi Malaysia)

Masih ingatkah anda dengan Korean Drama yang sangat popular suatu ketika dahuluuu? 
Coffee Prince yang dibintangi Gong Yoo dan Eun Hye. Sekarang Malaysia telah muncul dengan drama yang sama tetapi dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai pelakon utamanya.

 *sumber foto dari Google

Sekarang dah masuk episod 2 tau..boleh saksikan di Astro Ria atau boleh terus ke link di bawah ini untuk online MyCoffeePrince

Jom tengok best ka tidak?
*sumber foto dari Google

Alvin Chong cover lagu Aziz Harun?

Siapa kenal dengan Hilman Yong Abdullah, hero drama Awak Suka Saya Tak? angkat tangan! hehe
Kalau kenal tu...mesti kenal juga siapa Alvin Chong kan...kedua-duanya adalah orang yang sama! (dah tau laaaa..haha)

Follower Instagram beliau @alvinchong123 dah mencecah 600K followers tauu..tahniah Alvin! Alvin adalah artis pertama dalam rancangan The Kucin Show bersama Manggis (bekas ahli kumpulan de'Fam)

Dan sekarang, Alvin Chong baru baru ini ada memuat naik video cover terbarunya yang bertajuk Jangan dari Aziz Harun. Yang belum tengok lagi tu, boleh view video tu kat Youtube. Okay?

AIRASIA KEMBALI LAGI DENGAN TEMPAT DUDUK PERCUMA!

Mesti dah ada yang start planning cuti pergi mana-mana ni kan?

Saya pernah mention sebelum ni dalam post2 blog lalu,iaitu antara tips untuk plan for your budget travelling ialah booking tiket penerbangan waktu ada promo macam ni! sebab...sangat-sangat murah tau! 

Tempahan ni hanya boleh dibuat sehingga 19 November 2017 So, masih ada masa lagi untuk anda menempah tauuu...
Mungkin ada yang mau travel overseas dengan kawan atau sisters/brothers kan? Jom layari airasia.com untuk membuat tempahan tiket anda dan tarikh travelling ini adalah antara 
7 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019.

Selain dari dapat tiket murah, dapat juga kumpul mata ganjaran BIG Points anda! Lepastu bolehlah redeem ticket kalau dah banyak points..wow bestnya!
Jadi, apa lagi? Jom tempah tiket sekarang!

Selamat bercuti!


LAGU MU - ALVIN CHONG

Layan lagu ni, Happy Weekend guys!


Sumber foto: Instagram story @alvinchong123

Telefonku menyanyikan lagu
Ku mengharap terpapar namamu
Oh indahnya waktu dulu bersama
Selamanya diselubung rindu

Tak pernah aku luahkan hati padamu
Hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Tak pernah ku lupa wajah itu
Takkan lumpuh kenangan denganmu
Kau membisu sedangkan kamu tahu
Hanya satu ku ingat selalu

Lupakan semua biar kita mencuba
Mulakan cerita baru

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Biar ku pejam mata hanya dalam lena
Warna kembali nyata ku harap akhirnya
Kau dan aku bersama

Tak pernah aku luahkan hati padamu
Hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Dengarkanlah lagu ini ku tulis untukmu
Suara hatiku ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu
Simpanlah kasihku laguku untukmu

Gaya hidup Generasi Z

Gambar sekadar hiasan

Hari ni kita cerita pasal hal-hal serius sikit..tentang Generasi Z, yang lahir di antara tahun 1995 hingga 2012. Yang paling tua pun sekarang dah umur 22 tahun..dan yang paling muda berumur 5 tahun. Dalam tempoh umur mereka sekarang, masih ada yang dalam peringkat tadika,sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Persoalan yang mudah dari saya, adakah anda memberi anak anda kemudahan teknologi di rumah? (cth: smartphone, tablet, dll). Saya sentuh trend yang paling jelas iaitu penggunaan aplikasi Whatsapp. Sekarang semua benda kena communicate through Whatsapp. Ada yang darjah 4 sudah ada smartphone sendiri. Kadang saya tanya, best tak ada handphone? Jawapan mereka, "best, boleh main game". Ada juga para guru 'create' Whatsapp Group untuk memaklumkan apa saja pengumuman dari semasa ke semasa. Tapi, bagaimana dengan murid atau pelajar yang tidak dibiasakan dengan Smartphone? Sudah tentu, mereka ketinggalan dengan maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah kisah realiti yang terjadi masa kini. Itu adalah impak dari teknologi kita yang semakin canggih. Adakala, informasi tersebut tidak dikongsi dengan rakan yang tidak mempunyai smartphone sendiri. Sebagai contoh, sekolah menganjurkan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat kumpulan masing-masing dan diumumkan dalam Whatsapp Group. Boleh saja, guru tersebut membuat dua bentuk perjumpaan, satu di dalam Whatsapp Group dan satu lagi secara berdepan (face-to-face) agar tidak berlaku keciciran maklumat kepada pelajar.

Gambar sekadar hiasan

Secara amnya, saya berpendapat, generasi kini berdepan dengan lebih banyak cabaran dari segi teknologi maklumat yang tiada sempadan. Akses yang terlalu luas boleh juga membawa kepada kesan negatif jika tidak dikawal oleh ibu bapa. Amat penting bagi mereka yang mempunyai anak untuk dipantau setiap masa bagi memastikan gajet mereka itu tidak disalahgunakan. Saya amat terkejut kerana mereka terlalu muda untuk memiliki smartphone kerana bukan semua keluarga mampu dari segi kewangan untuk membelikan gajet canggih dalam usia yang begitu muda. Saya rasa pembaca sendiri sudah tahu bagaimana cara hidup Gen Z kini. Apa-apa pun, yang negatif tu kita buang jauh jaaaauuuhh...yang pasti teknologi membawa kita kepada arus kemodenan dan itu saya sangat setuju.

 Gambar sekadar hiasan

CARA BUKA AKAUN KWSP | EPF

Zaman sekarang semakin mudah untuk membuat akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF). Macam saya yang baru sahaja masuk ke lembah pekerjaan ni kena la buka akaun KWSP. Cara-cara untuk membuka akaun KWSP sangatlah mudah dengan hanya berkunjung ke kaunter pejabat KWSP dan akan dibantu oleh pekerja mereka dengan hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja. Sekarang hanya perlu menggunakan kiosk yang disediakan di sana dan ikut arahan seterusnya dari pekerja tersebut. Tidak sampai 10 minit, kerja pengurusan saya untuk membuka akaun KWSP telah selesai!

Dan sekarang kita bolehlah menyemak di website kwsp.gov.my ataupun muat turun aplikasi di Google Playstore atau Apple Store untuk membuat semakan KWSP anda. Sekarang lebih mudah kan? 


Nuffnang Ads