Nuffnang Ads

Gaya hidup Generasi Z

Gambar sekadar hiasan

Hari ni kita cerita pasal hal-hal serius sikit..tentang Generasi Z, yang lahir di antara tahun 1995 hingga 2012. Yang paling tua pun sekarang dah umur 22 tahun..dan yang paling muda berumur 5 tahun. Dalam tempoh umur mereka sekarang, masih ada yang dalam peringkat tadika,sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Persoalan yang mudah dari saya, adakah anda memberi anak anda kemudahan teknologi di rumah? (cth: smartphone, tablet, dll). Saya sentuh trend yang paling jelas iaitu penggunaan aplikasi Whatsapp. Sekarang semua benda kena communicate through Whatsapp. Ada yang darjah 4 sudah ada smartphone sendiri. Kadang saya tanya, best tak ada handphone? Jawapan mereka, "best, boleh main game". Ada juga para guru 'create' Whatsapp Group untuk memaklumkan apa saja pengumuman dari semasa ke semasa. Tapi, bagaimana dengan murid atau pelajar yang tidak dibiasakan dengan Smartphone? Sudah tentu, mereka ketinggalan dengan maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah kisah realiti yang terjadi masa kini. Itu adalah impak dari teknologi kita yang semakin canggih. Adakala, informasi tersebut tidak dikongsi dengan rakan yang tidak mempunyai smartphone sendiri. Sebagai contoh, sekolah menganjurkan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat kumpulan masing-masing dan diumumkan dalam Whatsapp Group. Boleh saja, guru tersebut membuat dua bentuk perjumpaan, satu di dalam Whatsapp Group dan satu lagi secara berdepan (face-to-face) agar tidak berlaku keciciran maklumat kepada pelajar.

Gambar sekadar hiasan

Secara amnya, saya berpendapat, generasi kini berdepan dengan lebih banyak cabaran dari segi teknologi maklumat yang tiada sempadan. Akses yang terlalu luas boleh juga membawa kepada kesan negatif jika tidak dikawal oleh ibu bapa. Amat penting bagi mereka yang mempunyai anak untuk dipantau setiap masa bagi memastikan gajet mereka itu tidak disalahgunakan. Saya amat terkejut kerana mereka terlalu muda untuk memiliki smartphone kerana bukan semua keluarga mampu dari segi kewangan untuk membelikan gajet canggih dalam usia yang begitu muda. Saya rasa pembaca sendiri sudah tahu bagaimana cara hidup Gen Z kini. Apa-apa pun, yang negatif tu kita buang jauh jaaaauuuhh...yang pasti teknologi membawa kita kepada arus kemodenan dan itu saya sangat setuju.

 Gambar sekadar hiasan

2 comments:

  1. Kesian pada budak2 sekolah yang datang dari keluarga yang susah. Agak tak patutlah kalau cikgu sekolah nak main pesan2 info kat bebudak dia via whatsapp group aje... lainlah kalau dia pensyarah di IPT. Bebudak IPT logiklah masing2 ada smartphone... isk isk :(

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads