Nuffnang Ads

Pemenang dah tuntut Hadiah

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada pemenang yang dah menuntut hadiah bagi Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! Alhamdulillah, selesai urusan pemberian hadiah..kepada yang belum dapat lagi, silalah rajin-rajin mengetik emel anda kerana saya telah hantar bukti pembayaran hadiah dan juga hadiah baucer Printing Bajet Murah.

Terima kasih juga buat semua peserta Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! yang sporting sebab join juga. Boleh saling mengenali dengan yang lain. Moga ada rezeki di lain waktu, kita buat lagi segmen. Kena ada juga sekali sekala untuk buat diri ni aktif berblog selain dari menulis lain-lain perkara. Bila sudah berkomitmen kerja, blogging punya aktiviti jadi hobi sahaja.. Tetapi mestilah saya akan rindu untuk berblog.

Nah ini bunga untuk anda semua 💞
Image result for bunga ros bouquet

Terima kasih yang tidak terhingga..Jumpa lagi di segmen yang akan datang..insyaaAllah..

Pengumuman Pemenang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Assalamualaikum..
alhamdulillah, baru hari ni ifa ada masa untuk mengumumkan pemenang bagi Giveaway yang ifa anjurkan bulan lalu tu sempena raya iaitu Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Jadi hari ni, kebetulan hujung minggu, ada la curi sedikit masa untuk update blog ni..cara ifa pilih pemenang, simple sahaja..guna random.org..
Ifa ucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Boleh tuntut hadiah duit & baucer terus ke emel kepada saya
afifah.j@gmail.com

Sila sertakan butiran berikut
No. Pemenang:
Link  Blog:


Bagi pemenang hadiah pertama hingga ketiga, sila berikan butiran ini juga:

  1. No. Akaun Bank
  2. Nama Pemilik Akaun si empunya blog
  3. Nama Bank.

Tarikh akhir anda untuk menuntut hadiah ini adalah pada 19 Ogos 2018 (Ahad)
Sekiranya lewat dari tarikh tersebut, maaflah terpaksa bagi orang lain..hehe
.
.
.
.
.
.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
.
.
.
.
.
.
HADIAH PERTAMA

Umies Homestay Kundasang, Sabah

Memang tidak sah kalau pegi Kundasang tapi x bermalam. Ada yang buat day trip (pergi dan balik) tapi mau juga ni merasa Kundasang punya penangan 2018..hahaha (orang sabah bilang, bertebiattt) Walaupun banyak homestay diorang dah buat kat sana...tapi tetap saja kau tak boleh booking atau tempah homestay  di saat-saat akhir terutamanya hujung minggu...memang sah-sah penuh sana sini, fully booked..dan kalau dah berjaya book tu, pastikan bayar deposit terus..supaya diorang tidak senang-senang bagi dengan orang lain...Tu yang terjadi dengan kami bila kau dah tempah homestay, alih-alih double-booking dengan orang lain pula...nasiblah tuan homestay tu bagi kami duduk dekat homestay dia lagi satu..upgrade ke 3 bilik..sepatutnya yang kami minta 2 bilik saja..sebab kalau 3 bilik ni, sah-sah bajet dalam RM300-RM400+. itu pun, bila upgrade dari 2 bilik ke 3 bilik ni, nasib diorang tidak cas lebih..masih sama harga RM200 satu malam..sangat murah..homestay dia sangat selesa..

Ni saya share sikit gambar penginapan tu..

KUNDASANG KINI!

Macam dah lama tidak pergi Kundasang, asyik promote dengan orang, buat tour, tapi aku ni dah jarang pergi Kundasang. Dijadikan cerita, kena pergi juga untuk tujuan tengok-tengok tempat tu walaupun dah melawat Kundasang masa zaman belajar dulu.
Apa-apa pun memang ada perubahan dari segi kemudahan setiap destinasi pelancongan dekat sini. Semakin bertambah baik dan harga tiket masuk pun dah berubah, ada yang naik sedikit, ada yang turun harga juga. Begitu juga dengan penginapan dekat Kundasang Sabah. Semakin diperbanyakkan bagi menampung pelancong yang datang dah bermalam dekat sini.
Kebetulan cuaca siang tu sangat sejuk disebabkan musim hujan semenjak akhir-akhir ni...memang feeling2 kat New Zealand la walaupun tak la sama sangat..tapi pemandangan tu...Subahanallah...cantik sangat...rasa romantik2 gituu..hahaha

Tengok boleh chill..lepak2 sambil makan-makan aiskrim Gelato tu, yogurt dan susu Desa yang memang dikilangkan dari Desa Farm.

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya dah TAMAT!


Beba Ifa 2nd Giveaway Raya dah TAMAT! yeayy!!
Alhamdulillah...giveaway ni dah tamat, memandangkan raya pun dah habis..hehe pemenang akan diumumkan bulan hadapan (Ogos) sebab ifa sibuk sedikit dengan urusan kerja..tapi degil nak berblog juga..haha
kadang-kadang blog ni seronok buat sebagai hobi...sebab tu, sampai sekarang masih lagi menulis (menaip la..) walaupun dah bertahun-tahun blog ni berdiri teguh...
apa-apa pun, terima kasih kepada yang dah join!
pemenang tu ifa mau guna random.org ja..
nanti ifa update lagi ya? bye..

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Assalamualaikum...hai semuaaa
Dengan ini, saya ingin membuat giveaway kali yang kedua. Siapa mau duit raya?
Sebab dah lama x blogwalking kawan-kawan blogger, jadi inilah Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!


Syarat-syarat join GA ni senang saja:

Senarai Peserta Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Senarai Peserta Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!
Ifa update nama peserta kat sini ya..
kalau ada yang terlompat link tu, cepat2 komen ya...nanti ifa betulkan...😊

Jom Blogwalking! JOin lagi!

  1. http://jombercontest.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html?m=1
  2. http://www.farhanajafri.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  3. http://www.ciktie.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html?m=1
  4. http://zzzyy.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  5. http://ronaldgiveaway.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  6. http://www.huhahuhajerr.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  7. http://sayasyiera.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  8. https://www.rodiahamir.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  9. http://aerillhassan.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  10. http://living2soul.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  11. http://www.shikinrazali.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  12. http://ejulz.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  13. http://adna2029.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  14. https://kasihkuamani.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  15. https://nam-comel.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  16. http://www.safenifeni.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  17. http://www.mrspip.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  18. http://www.maisarahsidi.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  19. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  20. http://www.syamimisaad.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html?m=1
  21. http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  22. http://www.airahsyahirah.com/2018/07/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  23. http://www.jiakreatifelt.com/2018/07/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  24. https://messarah.blogspot.com/2018/07/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  25. http://tarotthefool.blogspot.com/2018/07/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html
  26. https://penselduabee.blogspot.com/2018/07/beba-ifa-2nd-giveaway-raya.html

PRINTING BAJET MURAH Penaja Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Alhamdulillah..sambutan Segmen  Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! ada sambutan.. hehe maklumlah dah lama x buat giveaway...itu ertinya masih ramai blogger yang aktif di luar sana...saja nak mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger biarpun hanya kenal di ruangan blogger saja.. manalah tau, ada kesempatan terserempak kat mana-mana kan..tup tup pula kebetulan ingat wajah masing-masing.. kan elok tu...hehe

apa-apa pun, terima kasih kepada yang sudi sertai segmen saya kali ni, segmen tu masih lagi dibuka kepada semua blogger seluruh Malaysia..yang belum tahu pasal segmen tu, boleh klik SINI

Memandangkan penaja utama segmen ini adalah dari Printing Bajet Murah, saya ingin memperkenalkanlah serba sedikit terutama bagi bakal-bakal pemenang segmen saya tu nanti...
Printing Bajet Murah ataupun PBM ini menawarkan perkhidmatan mencetak pelbagai jenis cetakan seperti Kad Kahwin, sticker, Banner, Button Badge, Bunting, Backdrop dan macam-macam lagi.. PBM ini juga bukan sahaja kerjanya mencetak, namun boleh mencipta atau lebih popular dengan gelaran 'design' yang mengikut kesukaan dan kehendak pelanggan.

TMEF® SME BUSINESS TALK 2018

Hari ini saya baru selesai menghadiri majlis di Hotel Le'Meridien Kota Kinabalu bagi acara anjuran TMEF, The Malaysian Entrepreneurship Festival SME Business Talk 2018. Majlis ini melibatkan peserta dari pelbagai usahawan di Sabah.. Ada yang terdiri dari menjual produk, perkhidmatan dan sebagainya. Penceramah yang hadir memberikan perkongsian ilmu yang berguna daripada Digi, CTOS, Konica, Blockchain, SSM dan banyak lagi. Platform ini sangat berkesan bagi membuat "networking" dengan usahawan-usahawan yang lain serta

Kisah Raya 2018!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Sekarang dah masuk 6 Syawal. Hampir seminggu orang sakan berhari raya..
Hari ni saya mau share kisah raya 2018 saya ni.
Raya pertama sepatutnya dah berada di kampung, tetapi disebabkan kereta ada sedikit masalah.. Lewat sedikit kami sekeluarga sampai ke kampung.
Jadi lagi teruk dugaan di hari pertama raya bila suhu kereta mula meningkat panas..dah berasap kereta ni...

MUSIM RAYA DAH DEKAT

Hai semua! Assalamualaikum..
Salam 18 Ramadhan 1439H. Bagaimana puasa anda? Ada yang masih penuh puasanya? Alhamdulillah. Tidak lama lagi musim raya nak tiba. Dekat dah ni, banyak kedai, shopping mall dah mula pasang lagu lagu raya. Tidak kurang juga banyak lagu lagu raya baru yang keluar kat Youtube macam lagu raya baru Dato' Seri Vida. Dah tengok belum? Dengar kata, nombor 1 trending tu.. Kalau belum tengok, buka ja youtube, mesti ada punya. Hehe.. Selain dari lagu raya, orang sekarang sibuk buat biskut raya, ada yang nak senang, beli ja kuih tunjuk kat tamu bazar tu.. Berlambak orang jual. Tinggal tunjuk ja lagi..haha macam di Kota Kinabalu ni merata-rata tempat orang jual-jual biskut raya. Macam saya ni minat kacang kacang, kerepek kerepek macam rempeyek, lepastu mini popiah, kuih siput.. Macam macam lagi la. Haaa jangan pula lapar terus. Masih ada kurang 5 jam lagi nak berbuka puasa ni. Musim raya ni juga, orang akan sibuk beli persiapan pakaian baju melayu, baju kurung sampai berpasang-pasangan..

Behind The Scene-Photoshoot on Jubah Day!

Walaupun konvo dah berlalu 3 hari, bolehlah post sudah kat blog ni..
ni antara picture yang sempat diambil masa tengah photoshoot tu..
penat juga la, tapi enjoy view lawa sangat...
Honestly ni first time ikut benda benda photoshoot ni..
Awkward pun ada..sebab posing tidak pandai.. Kesian..hahaha

HM241 Konvokesyen UiTM Sabah kali ke-88

First time course kami ni naik pentas dahulu.
Sebelum2 ni kalau kod HM asyik hujung2 ja..hahaha
ni kali la pembuka...dah la awal pagi jam7.30 lagi beratur..
nervous jantung walaupun kali kedua sudah konvo..
Happy dapat kenal diorang semua ni..kenangan trip pegi danum valley, water rafting di kiulu...
dan ni kali konvo pula..gonna miss u all...Congratulations to all of us!
-last gathering from us..sedihh...huhu

KONVOKESYEN UITM SABAH KALI KE-88!

Few shots on 19th APRIL 2018!
Love you all to the max!
Thank you for being here to celebrate one of my beautiful moments in my life..

KONVOKESYEN UITM SABAH KALI KE-88

Photoshoot Moments on 18th April 2018 (preconvo)
Thank you for the nice shot!
KONVOKESYEN UITM SABAH KALI KE-88

SIAPA MAIN SMULE?

Sing! by Smule
Siapa yang ada apps ni dekat smartphone? Ni apps orang nyanyi2 tu sampai boleh jadi famous tuu...
Mula popular sejak 2016 lagi..sampai sekarang masih ramai pengguna apps ni dan hampir 3 juta downloaders all over the world! Walaupun dah banyak apps karaoke lain yang muncul selepas smule, tapi tetap meningkat pengguna Smule ni..menyanyi ni baik kalau mau exercise tekak tu.hahaha lagi2 kalau takda duit dan kawan untuk ke KBOX kan..hahaha ni la salah satu boleh cut budget kalau mau melalak sorang-sorang...macam aku ni suka sangat nyanyi walaupun suara sangat ke laut..tapi release stress untuk beberapa hari tu..Best! jadi bukan ketawa sahaja pengubat stress, nyanyi pun salah satu tau...

lagu-lagu dari klasik sampai la yang terkini..semua ada..dari segala bahasa ada...hebat la..update sungguh.. kalau mood2 mau nyanyi dan dengar lagu hindustan tu, ada juga kat Smule.. apps ni free kalau mau guna cuma ada certain part tu kena bayar la untuk upgrade..aku x pernah bayar guna apps ni, selalu join orang nyanyi jer..hahahaha sebab tau untuk suka-suka kan..walaupun dah 2018, apps ni x pernah sunyi dari pengguna-pengguna tegar Smule. Kalau korang pun rasa nyanyi tu boleh hilang tekanan, memang sama la tu pilihan kita kalau guna Smule! hahahaha okey, banyak sangat ketawa dalam blog ni..terukk..hehe..

Apa pun, Selamat berSmule!

Blog dan merojak

Assalamualaikum..
Ni baru pos ketiga dalam tahun ni..hahaha
Nampak sangat malas update..adoi..
banyak sangat mau kena update, Facebook, Insta, Whatsapp Story, hahaha kesian blog aku ni baaa..
pastu isi dalam ni pun dah bercampur aduk segala-gala mau diletak, tiada tema entah serabut suda..hahaha ni sekarang ni jadi post luahan pula...
x lama lagi, banyaklah aku post pasal traveling story pula..tu pun kalau aku ni rajin buka blog la..sebab jarang on laptop...smartphone ja memanjang..kan bagus kalau Blogger Apps yang kena buat tu lebih senang mau guna, sebab agak kurang friendly fungsi-fungsi yang aku tengok dalam tu. Berbanding guna PC, lebih selesa meng'edit' post dalam ni.. kalau mau buat blogwalking pun best kalau dari PC, lebih besar dan nampak lawa..tapi  ni la yang membuatkan aku x mau buka dari smartphone..hahaha apa-apa pun, aku share juga kata-kata pembangkit semangat di Hari Khamis ini..
Have a nice day everyone! 😘




Pakej Sweet dari Aestix Design & Printing

Pernah dengar tak, Pakej Sweet dari Aestix Design & Printing?
Yang belum pernah tu, meh saya jelaskan serba sedikit.. 
Aestix Design & Printing berpusat di Kota Kinabalu, Sabah yang menawarkan perkhidmatan mencetak dan reka grafik kad kahwin,banner,banting dan macam-macam lagi di seluruh Malaysia.

Pakej Sweet ni adalah untuk pelanggan yang ingin menempah kad kahwin dengan harga yang berbaloi..apa yang kami sediakan dalam pakej ini? Tentulah kad kahwin, beserta banting, penunjuk arah dan TQ Tag/Sticker.

Terdapat dua Pakej Sweet yang berlainan saiz iaitu yang pertama kad kahwin bersaiz 4x6 inci dan kedua bersaiz 4x8 inci.

Pakej ini telah diselaraskan mengikut pencetakan yang lebih berbaloi untuk pelanggan yang kurang tahu tentang nilai yang lebih jimat kerana kami faham bahawa sesetengah pasangan yang bakal melansungkan perkahwinan inginkan bajet perkahwinan yang lebih berbaloi dan mahu mengelakkan pembaziran.

Oleh itu, kami juga sedia membantu anda dengan memberi bantuan nasihat bagi design yang anda idamkan... Bantuan yang kami berikan adalah PERCUMA!
Cuma Klik whatsapp:



1st post in 2018

It's 2018~ I'm feeling bless and officially 25 for today. alhamdulillah..
Thank you so much for all the loves and whishes. For this year, I hope for something better ahead. Need a permanent job, my convocation is on April, two of my high school's friend will get married this year. I also will need to work hard on the business. Luckily my driving license is not expired yet for this year..hehe so, I don't need to renew it. I've got my room decorated for the new year, yeayy! January is the highest level of motivation for everyone since everything is in 2018, the new year. Thus, I feel the positive vibes all around my family and friends. I do hope my last year decision that I've made was a good one for me. So, I hope you guys also have a bless day and year! For those who have the same date of birth as me, I'm wishing you a Happy Birthday!


Nuffnang Ads