Nuffnang Ads

TMEF® SME BUSINESS TALK 2018

Hari ini saya baru selesai menghadiri majlis di Hotel Le'Meridien Kota Kinabalu bagi acara anjuran TMEF, The Malaysian Entrepreneurship Festival SME Business Talk 2018. Majlis ini melibatkan peserta dari pelbagai usahawan di Sabah.. Ada yang terdiri dari menjual produk, perkhidmatan dan sebagainya. Penceramah yang hadir memberikan perkongsian ilmu yang berguna daripada Digi, CTOS, Konica, Blockchain, SSM dan banyak lagi. Platform ini sangat berkesan bagi membuat "networking" dengan usahawan-usahawan yang lain serta

Kisah Raya 2018!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Sekarang dah masuk 6 Syawal. Hampir seminggu orang sakan berhari raya..
Hari ni saya mau share kisah raya 2018 saya ni.
Raya pertama sepatutnya dah berada di kampung, tetapi disebabkan kereta ada sedikit masalah.. Lewat sedikit kami sekeluarga sampai ke kampung.
Jadi lagi teruk dugaan di hari pertama raya bila suhu kereta mula meningkat panas..dah berasap kereta ni...

MUSIM RAYA DAH DEKAT

Hai semua! Assalamualaikum..
Salam 18 Ramadhan 1439H. Bagaimana puasa anda? Ada yang masih penuh puasanya? Alhamdulillah. Tidak lama lagi musim raya nak tiba. Dekat dah ni, banyak kedai, shopping mall dah mula pasang lagu lagu raya. Tidak kurang juga banyak lagu lagu raya baru yang keluar kat Youtube macam lagu raya baru Dato' Seri Vida. Dah tengok belum? Dengar kata, nombor 1 trending tu.. Kalau belum tengok, buka ja youtube, mesti ada punya. Hehe.. Selain dari lagu raya, orang sekarang sibuk buat biskut raya, ada yang nak senang, beli ja kuih tunjuk kat tamu bazar tu.. Berlambak orang jual. Tinggal tunjuk ja lagi..haha macam di Kota Kinabalu ni merata-rata tempat orang jual-jual biskut raya. Macam saya ni minat kacang kacang, kerepek kerepek macam rempeyek, lepastu mini popiah, kuih siput.. Macam macam lagi la. Haaa jangan pula lapar terus. Masih ada kurang 5 jam lagi nak berbuka puasa ni. Musim raya ni juga, orang akan sibuk beli persiapan pakaian baju melayu, baju kurung sampai berpasang-pasangan..

Nuffnang Ads