Nuffnang Ads

Kisah Raya 2018!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Sekarang dah masuk 6 Syawal. Hampir seminggu orang sakan berhari raya..
Hari ni saya mau share kisah raya 2018 saya ni.
Raya pertama sepatutnya dah berada di kampung, tetapi disebabkan kereta ada sedikit masalah.. Lewat sedikit kami sekeluarga sampai ke kampung.
Jadi lagi teruk dugaan di hari pertama raya bila suhu kereta mula meningkat panas..dah berasap kereta ni...

Cepat-cepat ayah berhenti dekat lorong kecemasan. Masa tu, dah separuh jalan ke Tambunan. Kebetulan naik bukit.. Lepas tu, tak ada signal telefon pula. Terpaksalah ayah bagi sejuk dulu kereta dan isi air sedikit demi sedikit. Ikut plan asal, memang bermalam di kampung. Tetapi, bila dah jadi macam ni, terpaksa pulang semula ke Kota Kinabalu waktu malam itu juga. 
Walaupun kurang meriah raya pertama, namun sempat ke tiga buah rumah keluarga di kawasan Tambunan. Maklumlah, mana lagi mau tengok kereta, mana lagi bengkel yang memang tutup raya pertama. Memang agak sukar juga untuk jalan-jalan jauh.

Bila dah sampai rumah tu, maka bermula dari raya kedua sampai ke hari ni, kami beraya di Kota Kinabalu.. ada hikmah juga sebab dapat berkunjung ke rumah keluarga yang menetap di bandar ni.. ada yang di Inanam, Telipok dan banyak tempat lagi...

Memang ada sebabnya kenapa diberi ujian sebegitu di pagi raya. Agaknya sebab dipertemukan jodoh kot..hahaha

apa-apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca dan rakan-rakan blogger. Semoga sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang.


7 comments:

  1. Assalamualaikum semoga diketemukan jodoh dgn cepat. haha and btw selamat hari raya maaf zahir and batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam...selamat hari raya...insyaaAllah..dipermudahkan perjalanan jodoh tu sampai..hahaha

      Delete
  2. Hahahaha nak jumpa jodoh ea, selamat hari raya ifa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan farhanna...bila lagi nak jumpa jodoh kan..
      Selamat Hari Raya!

      Delete
  3. selamat hari raya Aidilfitri!

    btw, jemput join segmen blog saya :D

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads