Nuffnang Ads

MUSIM RAYA DAH DEKAT

Hai semua! Assalamualaikum..
Salam 18 Ramadhan 1439H. Bagaimana puasa anda? Ada yang masih penuh puasanya? Alhamdulillah. Tidak lama lagi musim raya nak tiba. Dekat dah ni, banyak kedai, shopping mall dah mula pasang lagu lagu raya. Tidak kurang juga banyak lagu lagu raya baru yang keluar kat Youtube macam lagu raya baru Dato' Seri Vida. Dah tengok belum? Dengar kata, nombor 1 trending tu.. Kalau belum tengok, buka ja youtube, mesti ada punya. Hehe.. Selain dari lagu raya, orang sekarang sibuk buat biskut raya, ada yang nak senang, beli ja kuih tunjuk kat tamu bazar tu.. Berlambak orang jual. Tinggal tunjuk ja lagi..haha macam di Kota Kinabalu ni merata-rata tempat orang jual-jual biskut raya. Macam saya ni minat kacang kacang, kerepek kerepek macam rempeyek, lepastu mini popiah, kuih siput.. Macam macam lagi la. Haaa jangan pula lapar terus. Masih ada kurang 5 jam lagi nak berbuka puasa ni. Musim raya ni juga, orang akan sibuk beli persiapan pakaian baju melayu, baju kurung sampai berpasang-pasangan..


Nak sedondon la katakan..ikut warna tema baju keluarga. Anda warna tema apa pula tahun ni? Macam saya ni, mula mula teruja nak bertema, lepas itu baru terfikir, bertema tidak semestinya warna sama..pattern sama pun boleh.. Dapatlah juga abaya hasil sponsor dari makcik..hehe terima kasih sponsor baju dengan kami adik-beradik, moga dimurahkan rezeki makcik..aamiin.. Nanti saya kongsi dalam post akan datang untuk baju tu. Selain dari pakaian, ramai juga yang membeli barang-barang rumah yang baru seperti langsir, sofa dan macam-macam lagi. Macam hari tu, saya jenguk cuci-cuci mata dekat One Stop Superstore, haaa memang ramai orang terutama para ibu yang membeli-belah langsir. Saya pun berkesempatan melihat corak langsir yang mereka jual, memang cepat saja habis stok disebabkan harga yang dikira masih berbaloi untuk dibeli. Sampai saya pun rasa macam mau beli juga untuk pasang kat rumah.. Syukur belum lagi gaji..maklumlah swasta agak lambat gaji, harap bersabarlah diri ini.. Haha
Apa apa pun kesimpulannya, raya tu raya juga tetapi mudah-mudahan kita tidaklah lupa akan ramadhan tahun ni yang bakal meninggalkan kita.. Sama-samalah beramal sementara masih diberi peluang menikmati bulan Ramadhan sambil -sambil membuat persediaan raya yang bakal menjelang tiba. Bagaimana pula persiapan raya anda?💕

*tiba-tiba rasa nak buat Giveaway la untuk raya nanti.. Okay, kalau ada yang nak jadi sponsor GA saya akan datang, boleh whatsapp saya ya 0146763874 (ifa)
InsyaaAllah saya akan update dari masa ke masa.
Selamat berpuasa semua!💕


4 comments:

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads