Nuffnang Ads

TMEF® SME BUSINESS TALK 2018

Hari ini saya baru selesai menghadiri majlis di Hotel Le'Meridien Kota Kinabalu bagi acara anjuran TMEF, The Malaysian Entrepreneurship Festival SME Business Talk 2018. Majlis ini melibatkan peserta dari pelbagai usahawan di Sabah.. Ada yang terdiri dari menjual produk, perkhidmatan dan sebagainya. Penceramah yang hadir memberikan perkongsian ilmu yang berguna daripada Digi, CTOS, Konica, Blockchain, SSM dan banyak lagi. Platform ini sangat berkesan bagi membuat "networking" dengan usahawan-usahawan yang lain serta
mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar dalam perniagaan secara digital. Apa yang saya dapat katakan, sesi yang penganjur ini adakan amat berguna namun slot yang terlalu padat boleh menyebabkan hilang konsentrasi dari pihak peserta. Mungkin akan datang, slot ini tidaklah dikumpul secara menyeluruh dalam sesi selama 4 jam itu, masih banyak pertanyaan yang ingin dikemukakan. Apa-apa pun, good job TMEF team!👍


 Kagum dengan teknologi kini yang hanya perlu scan QR code masing-masing untuk pendaftaran. Cepat dan mudah.


Memandangkan semuanya secara digital, teknologi..maka, tidak perlu lagi pen dan kertas. Cuma snap sahaja dalam camera handphone. Canggihkan?


Ni la ticket sticker kami, lekat kat baju tau...hehehe




Pengalaman yang menarik untuk dipelajari.

4 comments:

  1. Memang pengalaman yang menarik.. Canggih dah sekarang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...sampai kita pun kena ikut2 juga teknologi sekarang ni..

      Delete
  2. Seronok attend event mcm ni utk luaskan pengetahuan kefahaman dan network ...

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads