Nuffnang Ads

KUNDASANG KINI!

Macam dah lama tidak pergi Kundasang, asyik promote dengan orang, buat tour, tapi aku ni dah jarang pergi Kundasang. Dijadikan cerita, kena pergi juga untuk tujuan tengok-tengok tempat tu walaupun dah melawat Kundasang masa zaman belajar dulu.
Apa-apa pun memang ada perubahan dari segi kemudahan setiap destinasi pelancongan dekat sini. Semakin bertambah baik dan harga tiket masuk pun dah berubah, ada yang naik sedikit, ada yang turun harga juga. Begitu juga dengan penginapan dekat Kundasang Sabah. Semakin diperbanyakkan bagi menampung pelancong yang datang dah bermalam dekat sini.
Kebetulan cuaca siang tu sangat sejuk disebabkan musim hujan semenjak akhir-akhir ni...memang feeling2 kat New Zealand la walaupun tak la sama sangat..tapi pemandangan tu...Subahanallah...cantik sangat...rasa romantik2 gituu..hahaha

Tengok boleh chill..lepak2 sambil makan-makan aiskrim Gelato tu, yogurt dan susu Desa yang memang dikilangkan dari Desa Farm.


Ni yogurt memang jarang jual kat bandar Kota Kinabalu tu, ada kat Desa ni la, perisa markisa/passion fruit.. bagi peminat yogurt, memang sedaplah rasa dia...kena dengan cuaca sejuk-sejuk lagi...

Aku beli juga susu Desa ni, hahaha walaupun ada juga jual kat Kota Kinabalu...tapi tengok orang beratur membeli, aku pun sibuk juga nak..hahaha

Kami sempat ke Sabah Tea juga...yang ni first time aku melawat..tengok frame besar ni... kalau post gambar ni kena #gosabahframe hehe ikut trend kan... 

tengok la ni sumandak tiga orang ni, sempat ambil gambar walaupun angin punya la kuat... nasib tak terbang..hahaha
yang ni pun first time aku lawat, selalu lalu lalang ja dekat pekan kundasang ni... tinjau kawasan punya pasal, aku pun naik pergi tengok..tiket masuk dia dah naik harga dari RM2 kepada RM3 untuk dewasa, manakala kanak-kanak pula kekal RM2. Pemandangan kat dalam ala-ala British gitu..sebab dah namanya Kundasang War Memorial kan... kalau nak tau, apa ada sini, kena datang sini baru la nampak sendiri..
gambar aku ni dah lompat sana sini..haha ni pula dekat Sabah Tea..luas sangat garden dia..kalau x dapat pergi Cameron Highland pun, sini pun jadilah..seronok boleh buat music video..asalkan jangan engko tergolek jatuh sudah...

Yang suka hipster2 hashtag ootd tu, haaa...tempat ni memang favourite la...dinding batu-batu tu cantik..

ni lagi x habis...hahaha habis segala dinding kat sana...

yang ni ramai pula tak tahu...kat kundasang war memorial tu ada pintu ni tau yang macam Hobit aku tengok..macam kat gua pun ada juga...

apa-apa pun, kalau ada kawan-kawan Sarawak, Semenanjung, Brunei dan Singapore tu yang nak melancong ke Kundasang Sabah, tapi tak tahu macam mana nak dapatkan kenderaan untuk disewa, atau sekali pemandu (driver) boleh contact saya saja.. 011 6353 5655 (ifa)

Terima kasih sudi baca blog saya 💗

7 comments:

  1. Alalh.. cantiknyalah pemandangan di Kundasang ini.. Tak tahulah bilanya nak sampai ke sini.. dahlah penakut naik kapal terbang.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan sejukk..hehe..nanti bolehlah kumpul2 kawan atau family travel kat sini..

      Delete
  2. cantiknya frame Sabah Tea ... dulu kak pip pergi sana, frame tu belum wujud lagi...
    alahai, lama nya ndak ke Kundasang bah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak Pip, sy pun kebaru-baruan ba tinguk tu frame..excited juga naik bergambar..haha

      Delete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads