Nuffnang Ads

PRINTING BAJET MURAH Penaja Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Alhamdulillah..sambutan Segmen  Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! ada sambutan.. hehe maklumlah dah lama x buat giveaway...itu ertinya masih ramai blogger yang aktif di luar sana...saja nak mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger biarpun hanya kenal di ruangan blogger saja.. manalah tau, ada kesempatan terserempak kat mana-mana kan..tup tup pula kebetulan ingat wajah masing-masing.. kan elok tu...hehe

apa-apa pun, terima kasih kepada yang sudi sertai segmen saya kali ni, segmen tu masih lagi dibuka kepada semua blogger seluruh Malaysia..yang belum tahu pasal segmen tu, boleh klik SINI

Memandangkan penaja utama segmen ini adalah dari Printing Bajet Murah, saya ingin memperkenalkanlah serba sedikit terutama bagi bakal-bakal pemenang segmen saya tu nanti...
Printing Bajet Murah ataupun PBM ini menawarkan perkhidmatan mencetak pelbagai jenis cetakan seperti Kad Kahwin, sticker, Banner, Button Badge, Bunting, Backdrop dan macam-macam lagi.. PBM ini juga bukan sahaja kerjanya mencetak, namun boleh mencipta atau lebih popular dengan gelaran 'design' yang mengikut kesukaan dan kehendak pelanggan.

Bagi mereka yang ada perniagaan sendiri seperti buat kuih-muih, sambal-sambal dan apa sahaja produk yang ingin dibuat 'packaging' dan nak nampak lebih branded, boleh hantarkan permintaan anda untuk PBM 'design'kan rekaan tersebut.. Buat logo perniagaan pun boleh tau..

Nampak simple, tetapi PBM ini lebih mesra dengan membuat perkhidmatan secara dalam talian ataupun 'online' kerana dengan ini dapat mendekati lebih ramai orang. Tetapi bagi mereka yang lebih biasa bersua secara depan, boleh saja, namun kawasan adalah terhad seperti di kawasan Kota Kinabalu Sabah, eh pemilik PBM ni 'original sabahan' tau..eh eh macam lagu pula...hehe..

kesimpulannya, bagi mereka yang akan dapat baucer ni bila menang nanti, boleh la gunakan sebagai diskaun kalau ada perkhidmatan kami yang diperlukan nanti...manatau ada saudara-mara yang nak kahwin..boleh belanja baucer ni dengan diorang...dapat kurangkan sedikit bajet kad kahwin tu..

Baiklah, sebarang pertanyaan boleh terus klik link Facebook di bawah ni😘
selamat bersegmen!

2 comments:

  1. Wah.. Menarik.. Harapnya adalah rezeki nak menang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah sis, manatau kot2 ada rezeki raya2 ni..😊

      Delete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads