Nuffnang Ads

Umies Homestay Kundasang, Sabah

Memang tidak sah kalau pegi Kundasang tapi x bermalam. Ada yang buat day trip (pergi dan balik) tapi mau juga ni merasa Kundasang punya penangan 2018..hahaha (orang sabah bilang, bertebiattt) Walaupun banyak homestay diorang dah buat kat sana...tapi tetap saja kau tak boleh booking atau tempah homestay  di saat-saat akhir terutamanya hujung minggu...memang sah-sah penuh sana sini, fully booked..dan kalau dah berjaya book tu, pastikan bayar deposit terus..supaya diorang tidak senang-senang bagi dengan orang lain...Tu yang terjadi dengan kami bila kau dah tempah homestay, alih-alih double-booking dengan orang lain pula...nasiblah tuan homestay tu bagi kami duduk dekat homestay dia lagi satu..upgrade ke 3 bilik..sepatutnya yang kami minta 2 bilik saja..sebab kalau 3 bilik ni, sah-sah bajet dalam RM300-RM400+. itu pun, bila upgrade dari 2 bilik ke 3 bilik ni, nasib diorang tidak cas lebih..masih sama harga RM200 satu malam..sangat murah..homestay dia sangat selesa..

Ni saya share sikit gambar penginapan tu..




Tempat ni betul-betul dekat tepi jalan raya. Strategik tapi tidaklah nampak pemandangan gunung tu dekat-dekat.. kalau nak yang nampak jelas, boleh ja pegi Desa Farm tu..sana besar terpampang lagi gunung kinabalu tu...haaa..lagi cantik gambar..
Gambar ruang tamu dengan dapur tiada pula..cuma ada video..hahaha tapi dia sediakan astro njoi dan ada wifi. Memang diorang layan world cup la malam tu..aku dah tido awal pasal sejuk sangat cuaca..dah balik-balik ke tandas buang air kecil..hahaha mana tidaknya kalau minum air suam ja balik-balik untuk panaskan badan..

Satu tips atau perkongsian la mau bagitau dengan pelawat yang bukan Sabahan ni yang belum tau la..yang dah tau tu, boleh kongsi pengalaman korang dekat komen bawah ni..

Kalau cari penginapan dekat Kundasang ni, kenalah sedia maklum bahawa hotel adalah terhad..Kundasang ni bukan bandar..tetapi kawasan perkampungan, pedalaman dan pergunungan...kebanyakkannya rumah atau homestay sahaja yang disewakan kepada pelancong. Kalau nak hotel juga, bilik-bilik private, memang ada. Cuma kena faham harganya macam mana..kadang-kadang sesetengah pelancong ni buat aduan atau complain beberapa perkara dari segi kemudahan yang disediakan..sebab lantai tandas tak ada tiles, cuma simen sahaja. Lepastu, water heater berfungsi tapi air masih sejuk..dinding tidak soundproof atau tidak kalis bunyi, boleh dengar orang kat luar bising-bising. Nak bilik dengan pemandangan cantik, tapi merungut tangga tinggi sangat..
Kalau dah macam tu, jangan cari yang murah bawah RM200 tu..cari harga bilik atas RM200. Seperti biasa, nak lebih selesa, kenalah bayar lebih.. Sebab kebanyakkan pengusaha homestay  ni ada yang buat ala-ala rumah kampung..suasana kampung...kat Kundasang ni tidaklah canggih macam kat bandar yang ada lif semua tu..pengusahanya pun orang-orang kampung juga...walaupun akan ada yang cakap, ini tempat pelancongan, kenalah upgrade kemudahan dan lain-lain. Ya, memang banyak jalan yang telah dinaik taraf oleh kerajaan untuk memajukan Kundasang, namun tak mau la sampai rosak landscape Kundasang tu..dah namanya kawasan pergunungan... ni antara dilema pelancongan..

"Should a destination suites the tourist or the tourist suites with the destination?"
"You must adapt with the surrounding or vice versa?"

Harap-harap sebelum melawat tu, banyakkan membaca dahulu maklumat-maklumat tentang sesuatu tempat tu...ada juga yang tak tahu bahawa Kundasang ni sangat sejuk..bagi mereka yang kurang tahan dengan cuaca sejuk, bawa la selimut lebih dan baju tebal tu..pakailah kasut yang sesuai dan bukannya wedges atau heels.. karang terpeleot kat jalan yang berbatu-batu tu..kan susah..
(hehe bukan marah ya..ini perkongsian atas keprihatinan sahaja..)

8 comments:

  1. betul tu, pergi kundasang jangan la bertrip mau pakai heels atau baju nipis2

    ReplyDelete
  2. Tarot juga pernah menginap di Kundasang, memang puas hati dengan pemandangan, dengan cuaca lagi, rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ngam sangat timing kalau nak pergi Kundasang..cuaca elok sangat...

      Delete
  3. saya limpas2 ja tu kundasang.. asal sandakan kerja di kk..

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads