Nuffnang Ads

Pemenang dah tuntut Hadiah

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada pemenang yang dah menuntut hadiah bagi Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! Alhamdulillah, selesai urusan pemberian hadiah..kepada yang belum dapat lagi, silalah rajin-rajin mengetik emel anda kerana saya telah hantar bukti pembayaran hadiah dan juga hadiah baucer Printing Bajet Murah.

Terima kasih juga buat semua peserta Segmen Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! yang sporting sebab join juga. Boleh saling mengenali dengan yang lain. Moga ada rezeki di lain waktu, kita buat lagi segmen. Kena ada juga sekali sekala untuk buat diri ni aktif berblog selain dari menulis lain-lain perkara. Bila sudah berkomitmen kerja, blogging punya aktiviti jadi hobi sahaja.. Tetapi mestilah saya akan rindu untuk berblog.

Nah ini bunga untuk anda semua 💞
Image result for bunga ros bouquet

Terima kasih yang tidak terhingga..Jumpa lagi di segmen yang akan datang..insyaaAllah..

Pengumuman Pemenang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Assalamualaikum..
alhamdulillah, baru hari ni ifa ada masa untuk mengumumkan pemenang bagi Giveaway yang ifa anjurkan bulan lalu tu sempena raya iaitu Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Jadi hari ni, kebetulan hujung minggu, ada la curi sedikit masa untuk update blog ni..cara ifa pilih pemenang, simple sahaja..guna random.org..
Ifa ucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Boleh tuntut hadiah duit & baucer terus ke emel kepada saya
afifah.j@gmail.com

Sila sertakan butiran berikut
No. Pemenang:
Link  Blog:


Bagi pemenang hadiah pertama hingga ketiga, sila berikan butiran ini juga:

  1. No. Akaun Bank
  2. Nama Pemilik Akaun si empunya blog
  3. Nama Bank.

Tarikh akhir anda untuk menuntut hadiah ini adalah pada 19 Ogos 2018 (Ahad)
Sekiranya lewat dari tarikh tersebut, maaflah terpaksa bagi orang lain..hehe
.
.
.
.
.
.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
.
.
.
.
.
.
HADIAH PERTAMA

Umies Homestay Kundasang, Sabah

Memang tidak sah kalau pegi Kundasang tapi x bermalam. Ada yang buat day trip (pergi dan balik) tapi mau juga ni merasa Kundasang punya penangan 2018..hahaha (orang sabah bilang, bertebiattt) Walaupun banyak homestay diorang dah buat kat sana...tapi tetap saja kau tak boleh booking atau tempah homestay  di saat-saat akhir terutamanya hujung minggu...memang sah-sah penuh sana sini, fully booked..dan kalau dah berjaya book tu, pastikan bayar deposit terus..supaya diorang tidak senang-senang bagi dengan orang lain...Tu yang terjadi dengan kami bila kau dah tempah homestay, alih-alih double-booking dengan orang lain pula...nasiblah tuan homestay tu bagi kami duduk dekat homestay dia lagi satu..upgrade ke 3 bilik..sepatutnya yang kami minta 2 bilik saja..sebab kalau 3 bilik ni, sah-sah bajet dalam RM300-RM400+. itu pun, bila upgrade dari 2 bilik ke 3 bilik ni, nasib diorang tidak cas lebih..masih sama harga RM200 satu malam..sangat murah..homestay dia sangat selesa..

Ni saya share sikit gambar penginapan tu..

Nuffnang Ads